Thursday, February 27, 2014

"aku tak dapat lupakan dia"



memang benar
kau memang tak mampu lupakan dia
kau tahu apa sebabnya ?
sebab kau manusia

memori yang Tuhan bagi dalam otak kau tu
itu yang buatkan kita berbeza
dari binatang dan makhluk lain

sebab memori ini lah
kau mampu ingat
sewaktu kau berada di zaman kecil
mampu ingat kenangan indah dan pahit
kau mampu ingat orang yang baik pada kau
untuk kau hargai dalam hidup
kau mampu ingat orang yang jahat dan selalu sakiti kau
untuk jadikan pengajaran dalam hidup

dan
sebab memori itu juga
kau tak akan pernah dapat lupakan dia
orang yang pernah hias hidup kau
orang yang pernah kau cinta
orang yang pernah kau sayang
sepenuh hati kau
suatu ketika dahulu

sebab
benda ini bukan untuk dilupakan
tapi untuk kau belajar menerima
walaupun ianya terlalu pahit untuk ditelan
walau ianya terlalu perit untuk diterima
kau tak mungkin dapat lupakan dia
kau tak mungkin dapat lupakan tentang dia




by : ceritera jiwa


No comments:

ALL RIGHT RESERVED BY KHOIRUN ANNISYAK