Thursday, December 26, 2013

kehidupan




kehidupan
harus kau ingat
kehidupan umpama roda
roda yang sentiasa berputar
kadang kala kita selesa berada di atas
dan kadang kala kita jatuh menjunam
dan berada di bawah
lumrah kehidupan

tetapi
janganlah kau berputus asa
dengan setiap apa yang terjadi
usaha usaha dan teruskan usaha
selagi kau ada kudrat
selagi ada waktu
jangan kau pernah rasa putus asa dalam perjuangan kehidupan

peluang
sentiasa terbuka untuk kau
manfaatkanlah masa dengan sebaiknya
manfaatkanlah peluang dengan sebaiknya
jangan kenal erti penat
jangan kenal erti putus asa

jika kau terjatuh
bangunlah
jika kau tersesat
usaha cari jalan
teruskanlah langkahmu
hingga kau mencapai impiammu

semoga berjaya
meniti kehidupan yang mendatang
penuh liku
penuh onak dan duri




No comments:

ALL RIGHT RESERVED BY KHOIRUN ANNISYAK