Monday, February 18, 2013

Good bye , Crush






mengenali seseorang kadang kala membuat kita ketawa . mengenali seseorang juga adakalanya membuatkan kita mengalirkan air mata . sesungguhnya , mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa MARAH , SEDIH , GEMBIRA , GERAM , SAYANG , RINDU dan BAHAGIA . tetapi , sedarkah kita , mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah . biarpun hadirnya hanya seketika cuma , sekadar teman sementara , bersyukurlah dengan kehadirannya . kerana barangkali melaluinya , kita dapat mengenal erti CINTA dan PENGORBANAN yang sebenar


kehilangan dia membuatkan aku tersedar yang sebenarnya aku sayang pada dia . masih sayang dan teramat sayang . dan perasaan ini tidak akan berubah


mencintai dan dicintai adalah keinginan setiap insan . sekiranya takdir jodoh berpanjangan , pasti akan bersama hingga ke akhir usia . mencintai seseorang tidak semestinya memiliki . cukuplah sekadar dapat mendoakan kebahagiaannya itu lebih mulia daripada mendoakan yang tidak baik


kalaulah semudah itu menghapuskan kenangan , kalaulah semudah itu membuang segala derita di hati , sudah tentu aku tidak akan menderita sebegini . walau punca semua itu terjadi , datang daripada diri aku sendiri . mencintai seseorang yang tidak mencintai kita adalah hakikat yang begitu pahit untuk di tanggung . manakala merindui seseorang yang merindui orang lain adalah kenyataan yang begitu pedih untuk di simpan


sesuatu yang tidak dapat menjadi milik kita memang selalu nampak cantik dan indah di pandangan mata . tetapi apabila sudah ada di tangan , kita selalu lupa untuk menghargainya dan dengan itu , dengan mudah melepaskan ia pergi


namun , tidak semua insan akan dapat menilai hikmah dan nikmat yang terdapat di sebalik rasa cinta yang berlandaskan iman dan takwa kepada illahi . hanya mereka yang sabar dan redha kepada qada dan qadar Allah , akan mengetahui betapa indahnya rasa cinta yang wujud dalam hati


bagaimanakah agaknya mahu menyembuhkan hati yang sedang luka itu ? mungkin juga hati , perasaan dan cinta itu terlalu sukar untuk difahami dan mesti dipertimbangkan secara case-to-case ? mungkin cinta itu idiophatic , tidak ada punca punca tertentu tapi datang dan pergi sebagai one's own suffering ? hati kita boleh terluka sebab cinta tetapi disebabkan cinta juga , hati itu boleh sembuh




" cinta itu suci , cinta itu tidak buta , cinta itu adalah kepunyaan tuhan . yang tidak suci dan buta , adalag orang yang salah menggunakannya . cinta bukan mengajar kita lemah , tetapi membangkitkan kekuatan . cinta bukan mengajar kita menghina diri , tetapi menghembuskan kegagahan . cinta bukan melemahkan kudrat , tetapi membangkitkan semangat " - HAMKA-






1 comment:

Cik F said...

ehem ehem ehem :P

ALL RIGHT RESERVED BY KHOIRUN ANNISYAK